SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Thursday, September 10, 2020

LAWATAN PENANDA ARASAN NEGERI JOHOR "FLIPPED CLASSROOM" (FC) KE PRASEKOLAH SK SERI BUNIAN

Pada 9 September 2020 yang lalu, telah diadakan satu lawatan dari sejumlah 28 orang pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Johor bersama-sama pegawai-pegawai Prasekolah dari semua daerah dalam negeri Johor ke Prasekolah SK Seri Bunian. Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik Prasekolah SK Seri Bunian dalam menjalankan program, projek dan inovasi Flipped Classroom (FC).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke prasekolah, pembentangan perkongsian amalan terbaik FC dan pameran bahan FC.

Pembentangan tentang program FC ini telah diadakan oleh Guru Cemerlang Prasekolah, Cikgu Mohd Shukry bin Omar kepada pegawai-pegawai tersebut.
















Tuesday, September 01, 2020

MAJLIS PERASMIAN DAN SAMBUTAN PERDANA BULAN KEBANGSAAN 2020

Pada 30 Ogos 2020 lalu, telah diadakan majlis perasmian dan sambutan perdana sempena menyambut Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Bunian, Cikgu Haji Abdul Halim bin Yunus.

Pada hari sambutan perdana tersebut juga diadakan aktiviti-aktiviti seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, pertandingan mencipta kad kreatif, pertandingan kuiz kemerdekaan, serta pertandingan teka silangkata dan mencari perkataan tersembunyi.

Sekolah juga menganjurkan pertandingan puisi kemerdekaan dan pertandingan Ceria Merdeka yang perlu disertai secara atas talian (online) bagi semua warga sekolah yang berminat, yang akan berakhir pada 10 September ini. Majlis penutupan akan diadakan pada 17 September nanti.

Sambutan kemerdekaan pada kali ini terasa kurang kemeriahannya disebabkan kekangan pergerakan mematuhi SOP PKPP akibat penularan Covid 19. Namun semangat patriotik cinta negara tetap membara dalam hati warga SK Seri Bunian, bersesuaian dengan tema tahun ini, 'Malaysia Prihatin'.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEBANGSAAN!


Buku program Sambutan Bulan Kebangsaan 2020




Warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik di koridor kelas


Murid menyanyi lagu-lagu patriotik di hadapan kelas



Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan oleh Tuan Guru Besar