SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Thursday, October 24, 2019

KUNJUNGAN PEGAWAI PPD PONTIAN KE PUSAT PENEMPATAN BANJIR SK SERI BUNIAN

Pada pagi 24 Oktober 2019, seramai 6 orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pontian telah membuat lawatan ke SK Seri Bunian sebagai pusat penempatan mangsa banjir.

Pegawai-pegawai PPD Pontian tersebut ialah En. Kamahabzainizam, En. Mohd Abd Rauf, En. Muzakkir, Pn. Sahlelawati, Pn. Rafidah dan Cik Norziha. 

Terima kasih atas kunjungan tersebut.



Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM SK Seri Bunian bersama pegawai-pegawai dari PPD Pontian melawat tempat persediaan makanan untuk mangsa banjir.


PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum SK Seri Bunian bersama pegawai-pegawai PPD Pontian di kantin sekolah.






Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM SK Seri Bunian bersama pegawai-pegawai PPD Pontian dan anggota JPAM di kelas Tahun 1 Bijak yang dijadikan penempatan mangsa banjir.

SK SERI BUNIAN MENJADI PUSAT PENEMPATAN MANGSA BANJIR

Pada 23 Oktober 2019, SK Seri Bunian telah menjadi Pusat Penempatan Mangsa Banjir bagi mangsa-mangsa banjir Kampung Jaya Sepakat, Pekan Nanas. 

Maklumat dari Bilik Gerakan Bencana Daerah melaporkan bahawa setakat ini seramai 80 orang mangsa dari 15 keluarga telah ditempatkan di sekolah ini. Mangsa paling muda adalah bayi berusia 3 bulan.

Bilik-bilik kelas Tahun 1 Arif dan 1 Bijak telah digunakan sebagai penempatan ini. Murid-murid kelas ini pula telah dipindahkan sementara di Makmal Komputer dan Makmal Sains.

Semoga mangsa-mangsa banjir ini tabah atas ujian ini, dipermudahkan urusan dan diperluaskan rezeki.
















PROJEK NAIKTARAF TANDAS MURID MELIBATKAN NGO PADA OKTOBER 2019

Projek naiktaraf tandas murid di aras bawah Blok A ini bertujuan membuat dinding pembahagi bagi mewujudkan tandas untk murid lelaki dan murid perempuan. Sebelum ini, tandas tersebut adalah tandas murid lelaki sahaja.

Kerja-kerja naiktaraf ini telah diusahakan oleh PIBG SK Seri Bunian dengan kolaborasi Giatmara Tanjong Piai (Pekan Nanas).










Sunday, October 20, 2019

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020

Pada 20 Oktober 2019 bertempat di SMK Teluk Kerang, Pontian, telah diadakan Program Jom Ke Sekolah 2020 anjuran Yayasan Harapan Pontian. Seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Pontian telah dipilih untuk menerima bantuan awal persekolahan 2020 yang berupa baucer bernilai RM150 setiap seorang.

Program penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik. Murid-murid SK Seri Bunian yang layak menerima bantuan ini adalah seramai 4 orang. Mereka diiringi oleh Cg. Hjh Megawati bt. Basri, Guru Unit Bantuan Sekolah, Pengurusan Hal Ehwal Murid.







CERAMAH DAN PENGURUSAN JENAZAH, PROGRAM PASCA UPSR

Pada 30 September 2019 lalu bertempat di makmal komputer dan Surau Addin SK Seri Bunian, Panitia Agama Islam SK Seri Bunian telah menganjurkan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan di sekolah, di bawah Program Pasca UPSR. Aktiviti tersebut adalah Ceramah dan Pengurusan Jenazah melibatkan murid-murid Tahun 5 dan 6. 

Panitia Agama Islam telah menjemput 2 orang penceramah dari Jabatan Agama Islam Daerah Pontian iaitu Tuan Haji Abu Sajid dan Pn. Hanipah bt. Ismail.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah pengurusan jenazah, amali mandi jenazah dan solat jenazah.

Semoga ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan kepada ummah.















KOMPANG SK SERI BUNIAN MENGIRINGI YB DATO MAHFUZ OMAR, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

Syabas pasukan kompang SK Seri Bunian!

Pada 30 September 2019, pasukan kompang di bawah Kelab Kesenian dan Kebudayaan SK Seri Bunian telah dijemput untuk mengiringi YB Dato Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ke majlis penutup Karnival Pendidikan Khas Integrasi dan Hari Koperasi Integrasi Pendidikan Khas di Dewan Jubli Intan, Pontian. 

Seramai 12 orang murid pemain kompang kita berserta beberapa tenaga pengajar kompang Kampung Seri Bunian telah terlibat, diiringi oleh guru-guru pemimpin Kelab Keseniaan dan Kebudayaan sekolah iaitu Cg. Ramlah bt. Radi, Cg. Norzalianah bt. Mohamed Razali dan Cg. Zamri bin Mohd Said. Turut hadir memberi sokongan adalah Tuan Guru Besar kita, Cg. Hj. Abdul Halim bin Yunus dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Cg. Mazlan bin Ihsan.

Karnival tersebut telah berlangsung selama 2 hari, di mana pelbagai acara jualan dan aktiviti telah diadakan melibatkan sekolah-sekolah berpendidikan khas sekitar Johor.