SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Monday, June 29, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN


TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH SEMASA PKPP 1 JULAI 2020

Pada hari Ahad, 28 Jun 2020 telah diadakan satu taklimat untuk ibu bapa murid enam tahun Prasekolah SK Seri Bunian. Taklimat telah diadakan di kelas 1 Arif oleh Cikgu Hj. Abdul Halim bin Yunus, Guru Besar SK Seri Bunian dan Tuan Hj. Hasmadi bin Mohd Sayuti, SISC+ Bahasa dari Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.

Program dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan taklimat dan penerangan SOP dan tatacara pembukaan semula kelas prasekolah oleh Tuan Guru Besar serta sesi soal jawab antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan pegawai PPD.

Seterusnya diadakan demonstrasi kepada ibu bapa di kelas prasekolah oleh guru prasekolah.














Sunday, June 28, 2020

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI PADA 25 JUN 2020

Pada hari Khamis, 25 Jun 2020, bertempat di SK Seri Bunian, telah diadakan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi bagi mengenang jasa Cikgu Hjh Zalihah binti Adnan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini yang telah bersara pada 31 Mei 2020 lalu.

Majlis ini juga meraikan guru dan pembantu tadbir yang berpindah iaitu Cikgu Zamri bin Mohd Said dan Cik Norazah binti Hassan. Cikgu Zamri adalah guru Bahasa Arab yang dipindahkan ke PPD Daerah Pontian, sementara Cik Norazah bertukar ke SK Sanglang.

Selamat menempuh hari persaraan buat Cikgu Zalihah.
Selamat bertugas di tempat baharu buat Cikgu Zamri dan Cik Norazah.