SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Monday, June 29, 2020

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH SEMASA PKPP 1 JULAI 2020

Pada hari Ahad, 28 Jun 2020 telah diadakan satu taklimat untuk ibu bapa murid enam tahun Prasekolah SK Seri Bunian. Taklimat telah diadakan di kelas 1 Arif oleh Cikgu Hj. Abdul Halim bin Yunus, Guru Besar SK Seri Bunian dan Tuan Hj. Hasmadi bin Mohd Sayuti, SISC+ Bahasa dari Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.

Program dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan taklimat dan penerangan SOP dan tatacara pembukaan semula kelas prasekolah oleh Tuan Guru Besar serta sesi soal jawab antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan pegawai PPD.

Seterusnya diadakan demonstrasi kepada ibu bapa di kelas prasekolah oleh guru prasekolah.














No comments:

Post a Comment