SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Sunday, August 25, 2019

PERTANDINGAN GHAZAL JOHOR 2019

TAHNIAH SK Seri Bunian! Anda Hebat.....

Pada Jumaat, 23 Ogos 2019 lalu bertempat di Dewan Serbaguna Taman Putri, Kulai, satu Pertandingan Ghazal Johor telah diadakan. Pertandingan ini adalah anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Kulai dan Persatuan Kebudayaan Daerah Kulai. 

Sekolah kita telah mewakili Zon 1 (Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kulai) dalam acara Ghazal Kategori Kanak-kanak. Sebanyak 3 pasukan telah bertanding dan sekolah kita berjaya meraih Naib Johan kategori ini. Hadiah berupa wang tunai RM700 berserta sijil. Tahniah sekali lagi kepada 9 orang murid dan 3 orang guru penyelaras dan pembimbing iaitu Cg. Ramlah bt. Radi, Cg. Nor Zalianah bt. Mohamed Razali dan Cg. Zamri bin Mohd Said. Terima kasih juga buat tenaga pengajar dari Yayasan Warisan Johor yang turut membantu dalam persiapan pertandingan ini.

Mereka bersama-sama pasukan Johan akan mewakili Zon 1 ke Festival Negeri Johor pada Oktober nanti. Jom sama-sama kita beri sokongan ya!