SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Sunday, March 17, 2019

KEJOHANAN RAGBI "SOUND RIVER SUPER GIRLS" (TOUCH RUGBY) 2019

Pada 9 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu, bertempat di padang SMK Dato Ali Haji Ahmad (SDAHA), telah diadakan Kejohanan Ragbi "Sound River Super Girls". Sekolah kita telah menghantar pasukan perempuan bawah 12 tahun ke kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan jurulatih iaitu Cg. Zamri bin Mohd Said, Cg. Nadia bt. Md Yusof dan Cg. Siti Rafiqah bt. Basri yang telah bertungkus lumus berlatih dan membuat persediaan secukupnya bagi perlawanan ini, seterusnya membuahkan hasil yang cemerlang iaitu menjadi JOHAN PLATE.




ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2019

Pada 12 Mac 2019 bersamaan hari Selasa lalu, telah diadakan Anugerah Nilam peringkat daerah di PKG Bandar Pontian. SK Seri Bunian telah terpilih mewakili Zon Pekan Nanas dalam pertandingan ini. Wakil murid kita iaitu adik Dhia Batrisyia bt. Mohd Salim telah menunjukkan bakat dan kesungguhannya dalam pertandingan ini. Beliau telah berjaya menjadi Naib Johan menewaskan 15 peserta lain. 

Syabas dan tahniah Dhia dan guru-guru pembimbingnya iaitu Cg. Amira Afiqah bt. Marzuki dan Cg. Ramlah bt. Radi.






Thursday, March 07, 2019

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM, PERINGKAT ZON PEKAN NANAS 2019

Pada 6 Mac 2019 bersamaan hari Rabu, bertempat di SK Pengkalan Raja, telah diadakan Karnival Pendidikan Islam Zon Pekan Nanas. SK Seri Bunian telah menghantar penyertaannya dengan peserta seramai 20 orang dalam pertandingan-pertandingan seperti tilawah Al-quran, hafazan Al-quran, bercerita, tulisan khat, dan kompang selawat. Berikut adalah kemenangan yang diperolehi oleh SK Seri Bunian dalam karnival tersebut:

1. Johan Hafazan Al-quran (P) - adik Nurzawanah bt. Jamsari
2. Johan Bercerita (P) - adik Salmi Syahnieza bt. Sarjimin
3. Johan Tulisan Khat (L) - adik Muhammad Arif Sirajuddin bin Sukaimi
4. Naib Johan Bercerita (L) - adik Muhammad Faheem Hakimi bin Ahmad
5. Naib Johan Kompang Selawat
6. Ketiga Tilawah Al-Quran (P) - adik Intan Safarina bt. Rashid

Tahniah dan syabas pasukan SK Seri Bunian, kerana dengan kecemerlangan yang diraih telah menjadikan pasukan sekolah kita menjadi JOHAN KESELURUHAN bagi karnival tersebut. 

Tahniah para peserta dan semua guru Pendidikan Islam, Cg. Nur Hidayati bt. Kasmon, Cg. Megawati bt. Basri, Cg. Siti Rafiqah bt. Basri, Cg. Norazah bt. Ahmad Hussin, Cg. Zamri bin Mohd Said dan Cg. Syahbudin bin Sawai.


Peserta pertandingan Tulisan Khat 

Peserta pertandingan Tulisan Khat 

Johan pertandingan Hafazan Al-quran 

Naib Johan pertandingan Kompang Selawat

Tempat ketiga pertandingan Tilawah Al-quran

Naib Johan Pertandingan Bercerita 

Johan Pertandingan Bercerita

Johan Pertandingan Tulisan Khat




PERTANDINGAN STEM ROKET AIR PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2019

Pada 5 Mac 2019 bersamaan hari Selasa lalu, bertempat di SK Bandar Pontian, telah berlangsung Pertandingan STEM Roket Air. SK Seri Bunian telah menghantar penyertaan dan 2 orang murid iaitu adik Muhammad Imran Shah bin Mohd Tamri dan Putra Nur Safwan bin M.D. Elsa. Syabas dan tahniah murid dan gurunya, Cg. Wan Mohd Fauzi bin Wan Ismail dan Cg. Mahathir bin Mohidin atas dedikasi dan kesungguhan yang ditunjukkan, walau tidak beroleh kemenangan. Tahun depan cuba lagi ya!

Sesi pengadil menemuduga peserta SK Seri Bunian

Roket Air yang dihasilkan untuk pertandingan

Bersedia untuk dilancarkan!

Sesi temuduga

Peserta kita yang mewakili sekolah








Monday, March 04, 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2019

Pada 25 hingga 28 Februari 2019 telah diadakan Kejohanan Olahraga peringkat Daerah Pontian yang berlangsung di SMK Dato' Ali Haji Ahmad (SDAHA). Peserta SK Seri Bunian diwakili oleh adik Muhammad Akhttarmizy bin Saharudin dan Nur Dania Eisya bt. Abd Shukor. Berikut adalah pencapaian mereka:

1. Muhammad Akhttarmizy - 4x200m (L12) .... Naib Johan
2. Nur Dania Eisya - 4x100m (P11) .... Ketiga
                                  4x200m (P11) .... Ketiga

Syabas dan tahniah kepada para peserta atas kecemerlangan yang ditunjukkan, dan juga kepada jurulatih mereka, Cg. Azar bin Mohamed Som.