SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Thursday, August 04, 2016

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila hubungi :

Bahagian Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Seri Bunian, 
Batu 33, Jalan Johor, 
82000 Pontian, Johor 
No Tel:    +607 - 686 0380
Email:      jba6005@moe.gov.my
Facebook: SK Seri Bunian
Lokasi: 1°29’31.4” N   103°26’44.0” E



MISI DAN VISI


VISI 

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI 

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUNIAN AKAN MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


COGAN KATA

CITA USAHA JAYA

MOTTO SEKOLAH

SKSBN TERUS CEMERLANG


LENCANA SEKOLAH

Merah
Keberanian menghadapi cabaran dan mempunyai semangat juang yang tinggi
Kuning
Kesetiaan semua warga SKSBN kepada raja dan perlembagaan negara
Biru
Pemuafakatan warga SKSBN menuju ke arah kejayaan dan kecemerlangan
Putih
Kesucian, ketulusan hati dan kebersihan diri.
Obor
Ilmu ibarat obor yang bercahaya menerangi kegelapan dan dapat menunjuk arah kepada pelajar.
Buku
Ilmu pengetahuan yang menjadi tunjang kepada kemajuan bangsa dan negara.

SEJARAH SEKOLAH


ALKISAH SERI BUNIAN
Semasa membangunkan kampung ini, pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti terdengar bunyi-bunyian yang pelik dan penuh misteri oleh penduduk kampung. Malah, ada sesetengan penduduk kampung dikatakan pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil orang “Bunian” terutamanya semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian.


Kebetulan pada tahun 1958, sebuah filem arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Sumpah Orang Minyak” sedang hangat ditayangkan dan lagu “Puteri Bunian” yang begitu merdu dan mendayu-dayu sering berkumandang di corong-corong radio pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan agar nama kampung ditukar dari nama Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada Kampung Seri Bunian bersempena judul lagu tersebut. Sehubungan itu, sempena Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Bunian pada tahun 1960 maka kampung ini diisytiharkan dengan nama Kampung Seri Bunian dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohammad Salleh, Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.


SEJARAH SK SERI BUNIAN

TAHUN 1947 Kediaman En. Mohd. Yusof b. Hj. Ab. Rahim, Ketua Kampung 33, Jalan Johor, Pontian telah menjadi detik bermulanya sejarah SK Seri Bunian. Rumah beliau telah dijadikan bangunan pertama sekolah ini. Cikgu Tauhid b. Marwat dan Cikgu Othman b. Ghaiman telah menjadi guru perintis, berkhidmat kepada 40 orang murid dengan gaji 40 sen setiap murid.

TAHUN 1948 Sekolah ini berpindah ke tapak bangunan balai raya yang dimiliki oleh En. Ratijan b. Badron.

TAHUN 1952 Sekolah ini berpindah ke tapak Bangunan Masjid Lama kampung ini di Parit Mad Yakin Timur. Bangunan ini dibina secara gotong-royong di mana semua bahan binaan disediakan oleh kerajaan. Ia dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Batu 33dengan 90 orang murid setakat Darjah 3.

TAHUN 1959 Satu bangunan telah dibina di tapak sekolah sekarang dan digunakan oleh Sekolah Agama Seri Bunian. Ia dibina secara gotong-royong di atas tanah seluas 1 ekar, dibeli dari Hj. Siraj b. Adi Yasa dengan harga RM800 (bantuan kerajaan RM300 dan sumbangan dari RIDA RM500). Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Umum Batu 33.

TAHUN 1960 Sekolah Kebangsaan Umum Batu 33, Jalan Johor mula digunakan di bangunan ini. Sebatang anak sungai mengalir berhampiran sekolah ini. Dikatakan sungai ini sentiasa berbunyi. Sekolah ini mula dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “SERI BUNYIAN”. Pada tahun 60-an, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mencipta lagu “Puteri Seri Bunian” dan telah diminati ramai. Ekoran peristiwa ini dan bagi mengindahkan lagi nama sekolah ini, ia dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUNIAN. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu, Yang Mulia Ungku Mohd. Salleh.

TAHUN 1966 Kementerian Pelajaran (ketika itu) telah membina 2 blok bangunan kayu yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 pejabat Guru Besar dan 1 bilik rehat guru.


Blok A (belakang) tahun 1974
Blok A (hadapan) tahun 1974



Blok B tahun 1974















TAHUN 1987 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambah 1 blok bangunan 2 tingkat dan 1 blok bangunan kantin. Ia mula digunakan pada tahun 1988.
Kantin tahun 1994


Pintu masuk sekolah tahun 1994










                                                                                                                    TAHUN 2001 2 blok bangunan kayu 
Blok A (hadapan) tahun 2008



telah dirobohkan dan digantikan dengan 1 blok bangunan batu 4 tingkat. Bagi menampung kekurangan bilik darjah ekoran pembinaan ini, sebahagian murid terpaksa menumpang belajar di Sekolah Agama Seri Bunian.
TAHUN 2002 Sekolah ini telah dinaik taraf dari Gred B kepada Gred A. Bangunan 4 tingkat ini siap dan mula digunakan pada tahun 2003.
Pintu masuk utama sekolah tahun 2018