SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Thursday, September 26, 2019

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL DAN SUKAN RAKYAT ZON PEKAN NANAS 2019

Pada 19 September 2019, Khamis, bertempat di SK Pekan Nanas, satu Karnival Permainan Tradisional dan Sukan Rakyat peringkat Zon Pekan Nanas telah diadakan. Permainan tradisional dan sukan rakyat yang dipertandingkan adalah seperti capteh, galah panjang, baling selipar, ceper, dam haji dan melukis komik. Beberapa wakil peserta dari Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SK Seri Bunian telah mengambil bahagian pelbagai acara tersebut.

Keputusan Pertandingan:

Capteh - Naib Johan
Galah panjang - Tempat ketiga
Baling selipar - Saguhati
Ceper - Saguhati
Dam Haji - Saguhati

Syabas dan tahniah Puteri-puteri!

Pertandingan Baling Selipar

Pertandingan Galah Panjang

Pertandingan Dam Haji 

Pertandingan Capteh

Pertandingan Ceper

Tempat ketiga Galah Panjang

Naib Johan Capteh


Monday, September 23, 2019

"SUMMER HEALTH CAMP" KELAB DOKTOR MUDA ZON SELATAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Pada 18 hingga 19 September 2019, telah berlangsungnya program "Summer Health Camp" Kelab Doktor Muda Zon Selatan Peringkat Negeri Johor. Program 2 hari 1 malam ini adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah disertai oleh sekolah-sekolah di daerah Pontian, Kulai, Johor Bharu, Kota Tinggi, Mersing dan Kluang, di mana penglibatannya adalah dari kalangan ahli Kelab Doktor Muda. Program diadakan di Pusat Kokurikulum Pontian, Kampung Sungai Tempayan.



Kelab Doktor Muda SK Seri Bunian diwakili oleh DM Akmal Reza bin Ahmad, DM Muhammad Daifi bin Raimi, DM Nur Qistina Batrisya bt. Mohd Sani dan DM Nurzawanah bt. Jamsari. Mereka diiringi oleh Cikgu Bahariyah bt. Md Tahir dan Cikgu Muhamad Ramadhan bin Muhamad.





Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Kotak Misteri, Minda Sihat, Senaman Pagi (tarik upih), Master Chef (Pemakanan Sihat).









Tahniah dan syabas Doktor Muda atas penyertaan dan komitmen yang diberi!

JEREBU OH JEREBU!

Negara kita telah dilanda masalah jerebu sekali lagi.....

Hari ini bacaan IPU bagi Larkin (iaitu stesen berdekatan) adalah 125. Paras tidak sihat.

Bertabahlah wahai anak-anak sekalian..... Jerebu yang melanda ini dikhabarkan berpunca dari pembakaran hutan di Indonesia, dan ditambahburuk lagi dengan pembakaran ladang MARDI berhampiran sekolah.




Usaha-usaha memadam kebakaran sedang dijalankan. Namun kita sendiri hendaklah mengambil langkah memakai topeng muka dan minum lebih banyak air untuk kesihatan.





"PRESCHOOL FUN CAMP" PERINGKAT ZON PEKAN NANAS 2019

Pada 19 September 2019 lalu bertempat di SK Kampung Sawah, telah diadakan "Preschool Fun Camp" peringkat Zon Pekan Nanas. Sebanyak 13 buah Prasekolah yang mengambil bahagian. 


Murid Prasekolah SK Seri Bunian yang "awesome"!


Murid Prasekolah SK Seri Bunian telah menyertai acara-acara dalam program ini, di mana ia melibatkan murid enam tahun dalam aktiviti "fun learning" seperti
`Kira Saya` (Matematik), `Ingat-ingat Lupa` (Bahasa Melayu), `Who Am I` (Bahasa Inggeris), Lari Berhalangan, "Crown Activity" dan "Decorate Cup Cake"

Aktiviti-aktiviti ini perlu murid lalui dalam empat stesen iaitu Stesen Bahasa, Stesen Kreativiti dan Estetika, Stesen Kerohanian dan Moral serta Stesen Fizikal.


Ingat-ingat Lupa

Kira Saya



Ingat-ingat Lupa


Lari Berhalangan


Crown Activity

Decorate Cup Cake


Crown Activity




Peserta diberikan stiker di setiap stesen setelah selesai melakukan satu-satu aktiviti. Mereka boleh menebus ganjaran berbentuk makanan setelah melengkapkan semua aktiviti di semua stesen.


Ganjaran berbentuk stiker



Tahniah dan syabas murid Prasekolah SK Seri Bunian atas penyertaan dan komitmen yang diberi!