SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Monday, September 23, 2019

"SUMMER HEALTH CAMP" KELAB DOKTOR MUDA ZON SELATAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Pada 18 hingga 19 September 2019, telah berlangsungnya program "Summer Health Camp" Kelab Doktor Muda Zon Selatan Peringkat Negeri Johor. Program 2 hari 1 malam ini adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah disertai oleh sekolah-sekolah di daerah Pontian, Kulai, Johor Bharu, Kota Tinggi, Mersing dan Kluang, di mana penglibatannya adalah dari kalangan ahli Kelab Doktor Muda. Program diadakan di Pusat Kokurikulum Pontian, Kampung Sungai Tempayan.



Kelab Doktor Muda SK Seri Bunian diwakili oleh DM Akmal Reza bin Ahmad, DM Muhammad Daifi bin Raimi, DM Nur Qistina Batrisya bt. Mohd Sani dan DM Nurzawanah bt. Jamsari. Mereka diiringi oleh Cikgu Bahariyah bt. Md Tahir dan Cikgu Muhamad Ramadhan bin Muhamad.





Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Kotak Misteri, Minda Sihat, Senaman Pagi (tarik upih), Master Chef (Pemakanan Sihat).









Tahniah dan syabas Doktor Muda atas penyertaan dan komitmen yang diberi!

No comments:

Post a Comment