SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Wednesday, February 19, 2020

ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2020

Pada hari Selasa, 18 Februari 2020, telah diadakan pertandingan peringkat akhir Anugerah Nilam Peringkat Daerah Pontian, bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pekan Nanas.

Setelah diadakan saringan di peringkat zon pada 15 Februari lalu, daripada 20 orang peserta, seorang murid Tahun 6 sekolah kita iaitu adik Nur Ain Fatini bt. Mahmmud telah terpilih untuk menyertai peringkat akhir ini, bersama-sama 2 lagi murid dari SK Parit Rambai dan SK Pekan Nanas. 

Nur Fatini telah berjaya merangkul tempat KETIGA dan membawa pulang piala berserta sijil. Hadiah telah disampaikan oleh En. Nazarali bin Ali, PPPD Bahasa Melayu (Menengah).

Syabas dan tahniah diucapkan adik Fatini dan Cikgu Amira Afiqah bt. Marzuki selaku guru pengiring. Semoga kejayaan ini menjadi titik mula kejayaan yang lebih cemerlang buat kita.






Tuesday, February 11, 2020

PENYERTAAN ACARA JEMPUTAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SJKC CHOW MINH 2020

Pada Ahad,09 Februari 2020 bertempat di Sekolah Menengah Dato Ali Haji Ahmad, Pontian, SK Seri Bunian telah dijemput untuk menyertai acara jemputan pada Kejohanan Olahraga SJKC Chow Minh, Pontian. Acara yang dipertandingkan adalah lari 4x100 meter. 

Sekolah kita telah mendapat tempat ketiga dalam acara ini. Syabas dan tahniah kepada guru pengiring dan jurulatih, Cg. Azar bin Mohamed Som dan pelari-pelari sekolah.







Sunday, February 02, 2020

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON PEKAN NANAS TAHUN 2020

Pada Khamis 30 Januari 2020, bertempat di SK Parit Haji Adnan, satu pertandingan Kejohanan Bola Tampar MSSD peringkat Zon Pekan Nanas telah diadakan. Sebanyak 5 sekolah kategori lelaki dan 4 sekolah kategori perempuan telah mengambil bahagian. SK Seri Bunian telah menghantar satu pasukan pemain lelaki untuk bertanding dalam acara ini. 

Syabas dan tahniah guru-guru pengiring iaitu Cg. Megawati bt. Basri, Cg. Nursyahida bt. Ab Kadir, Cg. Azar bin Mohamed Som serta pemain-pemain kerana telah berjaya menjadi NAIB JOHAN dalam kejohanan ini. 

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 












JOM AMALKAN BUDAYA MEMBACA!