SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Wednesday, February 19, 2020

ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2020

Pada hari Selasa, 18 Februari 2020, telah diadakan pertandingan peringkat akhir Anugerah Nilam Peringkat Daerah Pontian, bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pekan Nanas.

Setelah diadakan saringan di peringkat zon pada 15 Februari lalu, daripada 20 orang peserta, seorang murid Tahun 6 sekolah kita iaitu adik Nur Ain Fatini bt. Mahmmud telah terpilih untuk menyertai peringkat akhir ini, bersama-sama 2 lagi murid dari SK Parit Rambai dan SK Pekan Nanas. 

Nur Fatini telah berjaya merangkul tempat KETIGA dan membawa pulang piala berserta sijil. Hadiah telah disampaikan oleh En. Nazarali bin Ali, PPPD Bahasa Melayu (Menengah).

Syabas dan tahniah diucapkan adik Fatini dan Cikgu Amira Afiqah bt. Marzuki selaku guru pengiring. Semoga kejayaan ini menjadi titik mula kejayaan yang lebih cemerlang buat kita.






No comments:

Post a Comment