SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Saturday, November 23, 2019

PENYAMPAIAN PPSR DAN KEPUTUSAN UPSR 2019

Alhamdulillah syukur ke hadratNya, majlis Penyampaian PPSR dan keputusan UPSR telah berlangsung pada pukul 10.30 pagi, 21 November 2019 iaitu hari terakhir sesi persekolahan 2019. Seramai 4 orang murid telah mencapai keputusan 3A iaitu pencapaian tertinggi di SKSBN untuk tahun ini. Peratus menguasai adalah 86.84%, meningkat dari tahun 2018 (75.61%). Lebih menggembirakan pihak sekolah, tiada murid yang belum menguasai (6E) untuk tahun ini berbanding 1 orang murid pada tahun lepas.

Syabas dan tahniah untuk semua guru khasnya guru-guru mata pelajaran UPSR dan murid-murid yang telah bertungkus lumus dalam menghadapi ujian pentaksiran ini.










Murid dengan pencapaian tertinggi 3A.
Dari kiri: Rabiatul Adawiyah bt. Abdullah, Salahsiah bt. Ramli, Aan Daniel Amzury bin Amhami dan Siti Nuratikah Safiah bt. Mohd Jailani


Wednesday, November 13, 2019

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR UiTM BERSAMA MURID SK SERI BUNIAN DAN PENYERAHAN BANTUAN MURID MISKIN

Pada hari Selasa, 12 November 2019 lalu bertempat di SK Seri Bunian, telah berlangsung satu program motivasi pelajar UiTM bersama murid-murid Tahun 5 dan 6 SK Seri Bunian. Program bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti motivasi seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dijalankan oleh 31 orang  pelajar UiTM dengan 80 orang murid sekolah ini. Acara pembukaan telah diadakan di kelas 1 Arif, manakala aktiviti-aktiviti dijalankan di dataran perhimpunan dan bilik-bilik kelas.

Pada pukul 12.30 tengahari pula, telah diadakan Penyerahan Bantuan Murid Miskin kepada 20 orang murid sekolah ini yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian sempena majlis penutup Program Anak Angkat UiTM. Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar UiTM Pasir Gudang.



Latihan dalam kumpulan











Penyerahan bantuan murid miskin












Monday, November 11, 2019

GOTONG-ROYONG PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR DI SK SERI BUNIAN

Program Gotong-royong oleh pelajar-pelajar UiTM Cawangan Johor ini adalah antara acara dalam program Anak Angkat Sempena Program Wawasan Harapan Rakyat (Akademik, Sukarelawan, Jariah).

Gotong-royong ini melibatkan 40 orang pelajar tersebut, di mana 15 daripadanya menjalankan gotong-royong di SK Seri Bunian. 

Antara aktiviti mereka adalah mengecat mural kantin, mengecat dinding Bilik Makan VIP kantin, mengecat mural di makmal komputer dan membalut meja murid di makmal komputer.

Terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi!









































GURU SK SERI BUNIAN MENJADI JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT UiTM CAWANGAN JOHOR 2019

Pada hari Ahad, 10 November 2019 telah diadakan satu majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Sempena Program Wawasan Harapan Rakyat (Akademik, Sukarelawan, Jariah) anjuran UiTM Cawangan Johor, di mana pesertanya terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Pasir Gudang dan UiTM Segamat. Majlis ini diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian, dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Acara dimulakan pada pukul 8.45 malam. Ketibaan YB Dr. Maszlee telah disambut dengan paluan kompang dari murid-murid SK Seri Bunian.

Antara acara pada malam tersebut adalah ucapan aluan Naib Canselor UiTM, ucapan perasmian oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia serta simbolik penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat.


Pasukan kompang SK Seri Bunian menyambut ketibaan YB Dr. Maszlee.








Guru-guru SK Seri Bunian bergambar bersama YB Dr. Maszlee.


Sunday, November 03, 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA SK SERI BUNIAN 2019


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH ZON PEKAN NANAS 2019

Pada tanggal 3 November 2019, telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah Zon Pekan Nanas di Kukup Golf Resort, Pontian. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rosnani bt. Mokmin, PPPD Bahasa Melayu (Rendah) yang mewakili Tuan Haji Shaharudin Basri bin Ibrahim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.

Majlis ini adalah untuk meraikan anak-anak prasekolah dalam Zon Pekan Nanas tamat prasekolah bagi tahun ini. Seramai 25 orang murid Prasekolah SK Seri Bunian telah menerima sijil mereka pada hari ini, bersama-sama 115 murid prasekolah dari 7 prasekolah dalam Zon Pekan Nanas.

Antara acara yang berlangsung adalah ucapan alu-aluan dan perasmian, penyampaian anugerah kecemerlangan dan sijil tamat prasekolah, dan persembahan ghazal.

Guru dari sekolah kita iaitu Cg. Ramlah bt. Radi telah diberi tugasan mengacara majlis bergandingan dengan guru dari SK Seri Bukit Panjang. Kumpulan Ghazal Permata Nilam dari sekolah kita juga telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan dalam majlis ini. 

Tahniah semua murid prasekolah khususnya Prasekolah SK Seri Bunian, dan murid yang membuat persembahan tersebut.

Murid Prasekolah SK Seri Bunian 

Barisan VIP yang hadir


Ucapan perasmian

Kumpulan Ghazal Permata Nilam bersama guru-guru pengiring


Persembahan ghazal Kumpulan Ghazal Permata Nilam


Guru Besar SK Seri Bunian, Cg. Abdul Halim bin Yunus, diiringi oleh Guru Prasekolah SK Seri Bunian, Cg. Mohd Shukry bin Omar menyampaikan sijil kepada murid Prasekolah SK Seri Bunian.

Cg. Ramlah dan rakannya sebagai pengacara majlis