SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Sunday, February 24, 2019

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2019

Karnival Bahasa Melayu Daerah Pontian telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2019. Sk Seri Bunian telah menghantar beberapa wakil murid ke pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Pada 19 Februari, bertempat di SK Tengku Mahmud Iskandar 1, telah berlangsung Pertandingan Bercerita Tahap 2. Peserta sekolah kita iaitu adik Nur Ain Fatini bt. Mahmmud dengan ceritanya yang bertajuk "Si Tanggang Dari Bukit Treh, Muar" telah menunjukkan semangat yang tinggi namun nasib tidak menyebelahinya. Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada adik Fatini dan guru pembimbingnya, Cg. Siti Ainah bt. S. Sani.



Pada 20 Februari 2019 pula telah diadakan Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah yang telah berlangsung di SK Batu 24. SK Seri Bunian telah diwakili oleh adik Arifah Zahra bt. Azar dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1. Adik Arifah telah mempersembahkan cerita rakyat yang bertajuk "Si Tanggang". Syabas Arifah kerana telah menunjukkan persembahan yang amat menarik dan bersemangat tinggi. Beliau telah merangkul tempat ke-5 daripada 11 penyertaan. 
Tahniah adik Arifah dan guru pembimbingnya, Cg. Bahariyah bt. Md Tahir.



Penutup kepada karnival ini adalah Pertandingan Pidato di mana kita telah diwakili oleh adik Siti Nurafina bt. Mohd Norizan. Pertandingan pada 21 Februari itu di SK Permas Jaya, telah menyaksikan adik Nurafina berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan bakatnya. Syabas dan tahniah Nurafina dan guru pembimbingnya, Cg. Nur Diyana bt. Mohd Zakaria


Tuesday, February 19, 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD (R) PERINGKAT ZON PEKAN NANAS 2019

Pada 17 dan 18 Februari lalu, bertempat di padang SK Melayu Raya, telah diadakan Kejohanan Olahraga peringkat Zon Pekan Nanas di mana sekolah telah menghantar 18 orang atlit ke kejohanan ini. Acara yang disertai atlit kita adalah acara padang dan balapan. 

Tahniah atlit-atlit dan para jurulatih kerana telah menunjukkan semangat dan prestasi yang membanggakan. Jurulatih bagi kontinjen sekolah kita adalah Cg. Azar bin Mohamed Som. Seramai 6 orang guru juga iaitu Cg. Syahbudin bin Sawai, Cg. Megawati bt. Basri, Cg. Mohd Muhaimin bin Abdullah, Cg. Siti Rafiqah bt. Basri, Cg. Nadia bt. Md Yusof dan Cg. Zamri bin Mohd Said telah bertugas sebagai pengurus peserta dan pegawai untuk kejohanan ini. Cg. Mazlan bin Ihsan, PK Kokurikulum selaku wakil Guru Besar juga hadir pada kejohanan ini.

1. Nur Dania Eisya bt. Abd Shukor  - Naib Johan Acara Lompat Jauh                                                                    (P11)
                                                           -Tempat Ke-3 Acara 100m (P11)
2. Nur Intan Lydiana bt. Md Ali Al Juhari - Tempat Ke-3 Acara Lompat                                                                            Jauh (P11)
3. Muhammad Akhttarmizy bin Saharudin - Tempat Ke-3 Acara 200m
4. Muhammad Shaipul Rizuan bin Romi - Tempat Ke-3 Acara Rejam                                                                            Lembing (L12)

SK Seri Bunian telah memungut sebanyak 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa di mana kedudukan sekolah adalah yang ke-10 daripada 14 sekolah yang menyertai kejohanan ini. 

Sekolah juga telah menghantar 17 orang murid Quarter Master ke kejohanan ini.

Syabas kepada guru dan jurulatih. 











BOLA BALING PERINGKAT ZON PEKAN NANAS 2019

Pada Rabu dan Khamis, 13 dan 14 Februari 2019 lalu telah berlangsungnya Pertandingan Bola Baling peringkat Zon Pekan Nanas di SMK Kayu Ara Pasong. Sekolah telah menghantar wakil pasukan lelaki (perlawanan pada 13 Februari) dan perempuan (perlawanan pada 14 Februari). Guru-guru yang telah melatih pemain-pemain ini adalah Cg. Rafidah bt. Samin, Cg. Norzalianah bt. M. Razali, Cg. Zamri bin Mohd Said dan Cg. Zaidah bt. Mohd Ataillah.

Tahniah para guru jurulatih dan pemain kerana telah menunjukkan kesungguhan dan tetap bersemangat walaupun tidak mendapat tempat.


Pasukan lelaki

Pasukan lelaki

Pasukan perempuan

Pasukan perempuan 
Pasukan perempuan




Tuesday, February 12, 2019

PING PONG MSSM PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2019

Syabas untuk pencapaian cemerlang pasukan Ping Pong SK Seri Bunian. Pada 11 Februari 2019 semalam berlangsungnya perlawanan ping pong MSSM Peringkat Daerah yang telah diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian. 

Tahniah kepada jurulatihnya, Cg. Mahathir bin Mohidin dan pemain-pemain iaitu:

1. Rabiatul Adawiyah bt. Abdullah 
    (Tempat Pertama kategori (P) Bukan Cina)

2. Mohamad Hafiz Shah bin Abdullah 
    (Tempat Ketiga kategori (L) Bukan Cina)  

3. Aan Daniel Amzury bin Amhami 
    (Tempat Keempat kategori (L) Bukan Cina).






Monday, February 11, 2019

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT ZON PEKAN NANAS 2019

Pada 10 Februari 2019, Ahad lalu, SK Seri Bunian telah menghantar pasukan sekolah ke Kejohanan Sepak Takraw Zon Pekan Nanas yang berlangsung di SMK Yunus Sulaiman, Pekan Nanas. Sekolah telah menghantar penyertaan 2 regu. Pasukan ini telah dilatih oleh Cikgu Wan Mohd Fauzi bin Wan Ismail dan Cikgu Syahbudin bin Sawai

Syabas dan tahniah pemain-pemain dan gurunya kerana telah menunjukkan semangat dan kesungguhan bermain meskipun tidak beroleh kemenangan.