SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Sunday, February 24, 2019

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2019

Karnival Bahasa Melayu Daerah Pontian telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2019. Sk Seri Bunian telah menghantar beberapa wakil murid ke pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Pada 19 Februari, bertempat di SK Tengku Mahmud Iskandar 1, telah berlangsung Pertandingan Bercerita Tahap 2. Peserta sekolah kita iaitu adik Nur Ain Fatini bt. Mahmmud dengan ceritanya yang bertajuk "Si Tanggang Dari Bukit Treh, Muar" telah menunjukkan semangat yang tinggi namun nasib tidak menyebelahinya. Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada adik Fatini dan guru pembimbingnya, Cg. Siti Ainah bt. S. Sani.



Pada 20 Februari 2019 pula telah diadakan Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah yang telah berlangsung di SK Batu 24. SK Seri Bunian telah diwakili oleh adik Arifah Zahra bt. Azar dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1. Adik Arifah telah mempersembahkan cerita rakyat yang bertajuk "Si Tanggang". Syabas Arifah kerana telah menunjukkan persembahan yang amat menarik dan bersemangat tinggi. Beliau telah merangkul tempat ke-5 daripada 11 penyertaan. 
Tahniah adik Arifah dan guru pembimbingnya, Cg. Bahariyah bt. Md Tahir.



Penutup kepada karnival ini adalah Pertandingan Pidato di mana kita telah diwakili oleh adik Siti Nurafina bt. Mohd Norizan. Pertandingan pada 21 Februari itu di SK Permas Jaya, telah menyaksikan adik Nurafina berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan bakatnya. Syabas dan tahniah Nurafina dan guru pembimbingnya, Cg. Nur Diyana bt. Mohd Zakaria


No comments:

Post a Comment