Majlis ini adalah untuk meraikan anak-anak prasekolah dalam Zon Pekan Nanas tamat prasekolah bagi tahun ini. Seramai 25 orang murid Prasekolah SK Seri Bunian telah menerima sijil mereka pada hari ini, bersama-sama 115 murid prasekolah dari 7 prasekolah dalam Zon Pekan Nanas.
Antara acara yang berlangsung adalah ucapan alu-aluan dan perasmian, penyampaian anugerah kecemerlangan dan sijil tamat prasekolah, dan persembahan ghazal.
Guru dari sekolah kita iaitu Cg. Ramlah bt. Radi telah diberi tugasan mengacara majlis bergandingan dengan guru dari SK Seri Bukit Panjang. Kumpulan Ghazal Permata Nilam dari sekolah kita juga telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan dalam majlis ini.
Tahniah semua murid prasekolah khususnya Prasekolah SK Seri Bunian, dan murid yang membuat persembahan tersebut.
![]() |
Murid Prasekolah SK Seri Bunian |
![]() |
Barisan VIP yang hadir |
![]() |
Ucapan perasmian |
![]() |
Kumpulan Ghazal Permata Nilam bersama guru-guru pengiring |
![]() |
Persembahan ghazal Kumpulan Ghazal Permata Nilam |
![]() |
Guru Besar SK Seri Bunian, Cg. Abdul Halim bin Yunus, diiringi oleh Guru Prasekolah SK Seri Bunian, Cg. Mohd Shukry bin Omar menyampaikan sijil kepada murid Prasekolah SK Seri Bunian. |
![]() |
Cg. Ramlah dan rakannya sebagai pengacara majlis |
No comments:
Post a Comment