SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Sunday, November 03, 2019

PIALA MALAYSIA: JOHOR MENANG LAGI !!!

Syabas dan tahniah pasukan bola sepak JDT yang menjuarai Piala Malaysia menewaskan pasukan Kedah 3-0 pada 2 November 2019. Tahniah juga warga Johor dapat cuti peristiwa satu hari! Yeayyyy......!

Tahniah juga buat pasukan Kedah Naib Juara Piala Malaysia.













PERTANDINGAN SENAM SIHAT PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Pada 2 November 2019 yang lalu, bertempat di hadapan bangunan  utama Majlis Bandaraya Johor Bahru, telah diadakan Kempen Walk: Sihat Johor dan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Johor. Program ini adalah anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Dr. Sahruddin bin Hj. Jamal, Menteri Besar Johor.

Kelab Doktor Muda SK Seri Bunian antara yang memeriahkan program ini di mana sekolah kita telah menyertai Pertandingan Senam Sihat yang merupakan salah satu aktiviti kempen ini. Ini adalah kali pertama sekolah menyertai acara ini. Seramai 7 orang Doktor Muda kita dengan diiringi Cg. Nur Hidayati bt. Kasmon telah menyertai pertandingan senam sihat ini. 

Berikut adalah keputusan Pertandingan Senam Sihat ini :

Johan: SK Seri Duyung, Melaka.
Naib Johan: SK Tasek Utara, Johor
Ketiga: SK Tun SAS, Melaka.

Syabas dan tahniah para peserta, walau pun kejayaan tidak menyebelahi namun semangat dan usaha yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan amat membanggakan. Moga pengalaman yang sangat berharga ini dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang.















Thursday, October 24, 2019

KUNJUNGAN PEGAWAI PPD PONTIAN KE PUSAT PENEMPATAN BANJIR SK SERI BUNIAN

Pada pagi 24 Oktober 2019, seramai 6 orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pontian telah membuat lawatan ke SK Seri Bunian sebagai pusat penempatan mangsa banjir.

Pegawai-pegawai PPD Pontian tersebut ialah En. Kamahabzainizam, En. Mohd Abd Rauf, En. Muzakkir, Pn. Sahlelawati, Pn. Rafidah dan Cik Norziha. 

Terima kasih atas kunjungan tersebut.



Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM SK Seri Bunian bersama pegawai-pegawai dari PPD Pontian melawat tempat persediaan makanan untuk mangsa banjir.


PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum SK Seri Bunian bersama pegawai-pegawai PPD Pontian di kantin sekolah.






Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM SK Seri Bunian bersama pegawai-pegawai PPD Pontian dan anggota JPAM di kelas Tahun 1 Bijak yang dijadikan penempatan mangsa banjir.

SK SERI BUNIAN MENJADI PUSAT PENEMPATAN MANGSA BANJIR

Pada 23 Oktober 2019, SK Seri Bunian telah menjadi Pusat Penempatan Mangsa Banjir bagi mangsa-mangsa banjir Kampung Jaya Sepakat, Pekan Nanas. 

Maklumat dari Bilik Gerakan Bencana Daerah melaporkan bahawa setakat ini seramai 80 orang mangsa dari 15 keluarga telah ditempatkan di sekolah ini. Mangsa paling muda adalah bayi berusia 3 bulan.

Bilik-bilik kelas Tahun 1 Arif dan 1 Bijak telah digunakan sebagai penempatan ini. Murid-murid kelas ini pula telah dipindahkan sementara di Makmal Komputer dan Makmal Sains.

Semoga mangsa-mangsa banjir ini tabah atas ujian ini, dipermudahkan urusan dan diperluaskan rezeki.
















PROJEK NAIKTARAF TANDAS MURID MELIBATKAN NGO PADA OKTOBER 2019

Projek naiktaraf tandas murid di aras bawah Blok A ini bertujuan membuat dinding pembahagi bagi mewujudkan tandas untk murid lelaki dan murid perempuan. Sebelum ini, tandas tersebut adalah tandas murid lelaki sahaja.

Kerja-kerja naiktaraf ini telah diusahakan oleh PIBG SK Seri Bunian dengan kolaborasi Giatmara Tanjong Piai (Pekan Nanas).










Sunday, October 20, 2019

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020

Pada 20 Oktober 2019 bertempat di SMK Teluk Kerang, Pontian, telah diadakan Program Jom Ke Sekolah 2020 anjuran Yayasan Harapan Pontian. Seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Pontian telah dipilih untuk menerima bantuan awal persekolahan 2020 yang berupa baucer bernilai RM150 setiap seorang.

Program penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik. Murid-murid SK Seri Bunian yang layak menerima bantuan ini adalah seramai 4 orang. Mereka diiringi oleh Cg. Hjh Megawati bt. Basri, Guru Unit Bantuan Sekolah, Pengurusan Hal Ehwal Murid.







CERAMAH DAN PENGURUSAN JENAZAH, PROGRAM PASCA UPSR

Pada 30 September 2019 lalu bertempat di makmal komputer dan Surau Addin SK Seri Bunian, Panitia Agama Islam SK Seri Bunian telah menganjurkan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan di sekolah, di bawah Program Pasca UPSR. Aktiviti tersebut adalah Ceramah dan Pengurusan Jenazah melibatkan murid-murid Tahun 5 dan 6. 

Panitia Agama Islam telah menjemput 2 orang penceramah dari Jabatan Agama Islam Daerah Pontian iaitu Tuan Haji Abu Sajid dan Pn. Hanipah bt. Ismail.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah pengurusan jenazah, amali mandi jenazah dan solat jenazah.

Semoga ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan kepada ummah.