Aktiviti dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan acara senamrobik di mana semua warga sekolah terlibat. Acara ini dibawah kelolaan Kelab Doktor Muda sekolah.
Acara diteruskan dengan merentas desa bagi murid Tahap 2. Tuan Guru Besar telah sudi merasmikan pelepasan larian ini. Larian ini melibatkan laluan di kawasan Kampung Medan Sari, Taman Mutiara dan Parit Md Yakin Timur. Seramai 10 orang pemenang dari 6 kategori telah dikalungkan medal oleh Tuan Guru Besar di garisan penamat.
Satu lagi acara yang diadakan serentak dengan merentas desa adalah acara sukaneka dan cabutan bertuah untuk murid Prasekolah dan Tahap 1, di mana beberapa permainan kecil telah diadakan seperti isi air dalam botol, bawa bola ping pong dalam sudu, bawa getah dengan straw,belon isi air dan mewarna.
Tahniah dan syabas kepada para pemenang dan peserta, anda semua TERBAIK!
Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia!
No comments:
Post a Comment