Pada tarikh 7 hingga 9 Oktober lalu, satu simposium yang diberi nama HePiLI (Health Promotion In Learning Institutions) Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Hotel L-Astin, Petaling Jaya, Selangor. Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, melibatkan semua pemimpin Kelab Doktor Muda dan PROSIS dari sekolah-sekolah rendah dan menengah serta IPTA.
Seramai 21 orang guru dan 5 kakitangan KKM dari seluruh daerah di Johor telah mengambil bahagian dalam program ini, bersama-sama 16 kontinjen dari seluruh Malaysia. Program ini telah mengumpulkan peserta seramai 500 orang guru pemimpin di bawah penyeliaan kakitangan KKM sendiri. Guru Pemimpin Kelab Doktor Muda SK Seri Bunian iaitu Cg. Muhamad Ramadhan bin Muhamad telah terpilih menjadi wakil dari Pontian bersama seorang lagi guru dari SK Seri Benut.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah 'I Am Free' (Anti Rokok), pembentangan inovasi, perkongsian Sesi 'X-Break', dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang inovasi.
Tahniah dan syabas Cg. Ramadhan, semoga dapat pula berkongsi ilmu dengan kami warga SK Seri Bunian nanti ya!
No comments:
Post a Comment