SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Thursday, January 31, 2019

ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH (ASISS) KPM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Tahniah dan syabas diucapkan kepada SK Seri Bunian khususnya Panitia Pendidikan Islam atas pencapaian cemerlang ini, memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan Surau Imarah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (ASISS) Peringkat Negeri Johor tahun 2018.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 31 Januari 2019 bertempat di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Hadir menerima anugerah tersebut adalah Tuan Guru Besar, Cikgu Abdul Halim bin Yunus dan Ketua Panitia Pendidikan Islam, Cikgu Nur Hidayati bt. Kasmon.

Semoga pencapaian ini dapat memberi impak yang besar kepada warga SKSBN terutamanya kepada murid-murid yang dikasihi.