SEKOLAH TRANSFORMASI

SEKOLAH TRANSFORMASI
(TS25 TAHUN 2019 - KOHORT 4.0)

ROLLING TEXT

CITA USAHA JAYA , SK SERI BUNIAN TERUS CEMERLANG

Thursday, January 31, 2019

BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2019

Pada 30 Januari 2019 bersamaan hari Rabu, 2 orang murid SKSBN telah mewakili sekolah untuk membantu pasukan bola tampar Zon Pekan Nanas dalam perlawanan peringkat Daerah Pontian. Perlawanan ini diadakan di SK Seri Benut. Pasukan Zon Pekan Nanas telah berjaya mendapat tempat ke-3. Wakil pemain kita ialah adik Muhammad Fakhrul Radzi bin Abdul Haris dan Muhammad Imran Shah bin Mohd Tamri, murid Tahun 6 sekolah ini. Pasukan ini diiringi oleh Cikgu Nursyahida bt. Ab Kadir

Tahniah adik-adik kita kerana kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan. Kita turut berbangga dengan atlit sukan sekolah ini.